Isnin, 30 April 2012

LAUK IKAN KELI SAMBAL

Sembang - sembang.
Pelajar Tahap 1 Tahun 2 Arif.
Semasa waktu rehat di Kantin Sekolah SK Kampong Keda.
Jam 9.30 am sedang menikmati hidangan rehat.
Apa cerita mereka yang berumur 9 tahun ini.
Mari baca...


Mohamad Nasaie
Tahun 2 Arif.
(agak pemalu untuk berkomunikasi walaupun 
saya makan semeja semasa bersembangsantai ini)

Berapa ringgit Mak bekal duit belanja?
"Dua ringgit"
Berapa harga nasi lauk ikan keli ni?
" Dua ringgit"
Suka ikan keli?
"Suka, saya suka yang besar"
Di rumah Mak selalu masak ikan keli?
"Jarang, Abah jarang beli"
Mana lebih sedap, kantin atau rumah?
"Kantin lebih sedap"
Ya kah?
dia hanya senyum.


Mohamad Irfan Mad Daud
Tahun 2 Arif

Berapa ringgit Mak bekal duit belanja?
"Dua ringgit"
Berapa harga nasi lauk ikan keli ni?
" Dua ringgit"
Suka ikan keli?
"Suka, Mak selalu masak di rumah, TokWan ada kolam"
Di rumah Mak selalu buat masakan apa?
"Mak selalu buat asam pedas"
Mana lebih sedap, kantin atau rumah?
"Mak masak lebih sedap"
Ya kah?
dia hanya senyum.
Ini minuman berapa harga?
"Tiga Kupang" (30 sen)
Air apa?
"Sirap Bandung"
Tadi Irfan kata bawa dua ringgit, nasi dah dua ringgit tapi macam mana Irfan beli Sirap Bandung?
"Duit lebih belanja kelmarin....simpan"
Tiap-tiap hari makan macam ini?
"Tak selalu, kalau RMT nasi ayam saya tak makan dah nasi, beli nugget saja"
Ooooo......

Terima kasih Nasaie dan Irfan. 
Semoga berjaya dalam pelajaran. 
InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan