Rabu, 4 April 2012

KELAB RUKUNEGARA


Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan
disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa
merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan
2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari
Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah
menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada
prinsip‐prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan
kemakmuran negara terus berkekalan.    Menerusi Kelab Rukun
Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip‐prinsip
tersebut supaya mereka benar‐benar dapat memahami serta
menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup
seharian.   

Gambar sekitar Sudut Kelab Rukunegara SK. Kampong Keda.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan