Isnin, 30 Julai 2012

KURSUS DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI

TAHNIAH


3 Guru telah mengikuti Kursus Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani untuk guru Pendidikan Jasmani dan Sukan.

  1. Encik Iskandar bin Siji
  2. Encik Nazri bin Masjuni
  3. Encik Mohd. Nasrun bin Ali

Ahad, 29 Julai 2012

TAKZIAH

Mohd. Pauzi bin Kamsah, 49 tahun 10 bulan. (03/09/1962-27/7/2012)
Mula berkhidmat sebagai guru pada 01 Februari 1991

Allahyarham En. Mohd. Pauzi Kamsah 
sedang menerima cenderahati drp Puan Daharah 
sempena Hari Guru baru-baru ini.


Setelah sekian lama menabur bakti menumpah jasa, maka seperti dijanjikan Allah pada ketetapanNya. Dan pada hari ini jam 2.50am, janji itu telah tiba dan berlaku ke atas Encik Mohd Pauzi bin Kamsah. Beliau telah pergi meninggalkan kita semua untuk selamanya. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya dan semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. AlFatihah.

Jumaat, 27 Julai 2012

Semoga Berjaya

Selamat menghadapi peperiksaan semester bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran. Semoga berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah.

  • Cikgu Normah bt. Abd Majid
  • Cikgu Safiza bt. Ismail
  • Cikgu Siti Norbaya bt. Desa.

Khamis, 26 Julai 2012

Ahad, 22 Julai 2012

Perhimpunan Mingguan

22 / 7 / 2012
Guru Bertugas: Encik Zainon bin Aziz dan Puan Normah binti Abd Majid.
Tema: SEKOLAHKU RUMAHKU

Intipati :
Guru Bertugas;
Minggu peperiksaan - guna masa terluang untuk ulangkaji.
Mercun - di kawasan sekolah dan di luar sekolah adalah sangat dilarang. Kesalahan berat.

Cikgu Nazri;
UPSR - Kelas tambahan pada minggu peperiksaan dibatalkan. Akan disambung semula pada minggu depan bermula 29 / 7 / 2012

Guru Besar;
Ujian 2 - Isnin 23/7/2012 hingga Khamis 26/7/2012.
Waktu Rehat - Guna untuk membaca dan pergi ke Pusat Sumber Sekolah.
Sampah dalam kelas - pastikan murid bertugas harian melaksanakan kerja.

Khamis, 19 Julai 2012

Selasa, 17 Julai 2012

Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bulan Kemerdekaan ke 55

17 / 7 / 2012
7.45 - 8.45
Dewan AlFarabi.
Semua pelajar dan semua guru.


Majlis Penyerahan bendera Malaysia.

Deklamasi sajak Kemerdekaan.
Muhammad NurHafis b. Mohd Zobri. 4 Arif

Ahad, 15 Julai 2012

PERHIMPUNAN MINGGUAN

15 / 7 / 2012
Guru Bertugas : Ustaz Mohd. Lutfi bin Mat Daud dan Cikgu Safiza bt. Ismail.
Tema : Amalkan Sifat Mulia
Pesanan:-
GPK 1

  • Percubaan UPSR akan bermula pada 23 Julai 2012
  • PKBS 2 bermula pada 23 Julai 2012 utk pelajar Tahun 3, 4 dan 5.
  • Program 'Rakan Buku'. Sentiasa ada buku bacaan bersama.
  • Guna sepenuhnya perpustakaan terutamanya untuk program NILAM

              

TERIMA KASIH cikgu!


Terima Kasih kerana sudi singgah menyemai bakti di sini.
Budi dan jasa anda tetap jadi kenangan
Terima Kasih Cik Nurul Husna bt. Abdul Jalil (tengah)



Khamis, 12 Julai 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN ke 11

TARIKH : 12 / 7 / 2012
TEMPAT : BALAPAN DAN PADANG SK. KAMPONG KEDA
Penglibatan semua pelajar dan semua warga sekolah. 4 Rumah sukan.



Keputusan keseluruhan: 
Johan : Rumah Merah
Kedua : Biru
Ketiga : Hijau
keempat : Kuning.



Cenderahati kepada Cikgu Nurul Husna yang akan berpindah.

Rabu, 11 Julai 2012

PERTANDINGAN FUTSAL Pra SEKOLAH DAERAH BALING 2012

11 / 7 / 2012
KOMPLEKS RAKAN MUDA, BALING.
11 Pasukan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Pertandingan dijalankan secara kalah mati.
Keputusan pertandingan yang disertai PraSekolah SK. Kampong Keda.

  1. Pra SK. Kampong Keda 1 - 0  Pra SK Dalam Wang. (penalti)
  2. Pra SK. Kampong Keda 0 - 1  Pra SK Penghulu Abu Bakar.
  3. Pra SK. Kampong Keda tidak layak ke pusingan 4 pasukan.
Tahniah kepada pemain Pra Gemilang yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Gambar-gambar sekitar pertandingan.

 Pasukan Pra Gemilang SK. Kampong Keda.
 Semua sedang merancang strategi ni.



 Penalti Amsyar yang tidak ke sasaran.

Nah, ambek kau... tendangan 10 langkah!

Bersalam-salaman selepas pertandingan berakhir.


Aksi perlawanan pasukan terdahulu.
SK. Tanjung Pari vs SK. Tunku Putera.

Selasa, 10 Julai 2012

KHAS UNTUK PN. DAHARAH

Katanya, "Tahun depan saya tak sempat lagi dah...kecualilah musim buah mula awal".
Beberapa gambar khas untuk Pn. Daharah bt. Zainol, PK Pentadbiran SK. Kampong Keda.







MAJLIS MAKAN BUAH TEMPATAN

10 / 7 / 2012
DEWAN ALFARABI
SEMUA PELAJAR
BUAH-BUAHAN SUMBANGAN GURU, WARIS-WARIS PELAJAR

Gambar Pra Gemilang


Gambar Tahap 1





Gambar Tahap 2






Guru




Peleraian Majlis