Ahad, 27 Mei 2012

LAWATAN MOTIVASI KE MRSM BALING

27 MEI 2012
Bertolak dari SK. Kampong KEDA jam 8.15am dan sampai ke Maktab Rendah Sains MARA pada jam 8.30am. Program pertama 'Ceramah Motivasi Bersama Pengetua MRSM' di sampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua MRSM Baling, En. Abd Hamid bin Haji Ahmad. Kemudian pelajar diberi taklimat tentang kemasukan ke MRSM dan kelebihan belajar di sini dan seterusnya dibawa melawat ke sekitar MRSM untuk meninjau prasarana yang disediakan untuk kemudahan pelajar.


Ahad, 20 Mei 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Tahniah!
3 Guru SK. Kampong Keda telah berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Semoga pencapaian ini menjadi dorongan kepada kejayaan di masa depan.



ENCIK ABDUL RASHID BIN ADAM

PUAN SITI ROKIAH BT AHMAD
ENCIK MOHD NAZRI BIN MASJUNI


1. Apakah dasar atau syarat pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?
Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian apc kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:

Genap setahun berkhidmat pada hari terakhir tahun penilaian;
LNPT 85% dan lebih layak dipertimbangkan; dan
Mengambil kira kegiatan dan sumbangan pegawai.

11. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
a) Kelayakan 
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua 
pegawai  perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. 


b)  Asas Pertimbangan 
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi  pemberian  APC adalah seperti berikut: 
i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan 
ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. 

Isnin, 14 Mei 2012

HARI AKHIR

Cikgu Siti Nazira bt Shabdin sedang mengetip waktu akhir tugas di SK Kampong Keda pada 14 Mei 2012 jam 1.55pm. Terima kasih dari semua warga sekolah atas sumbangan cikgu.


KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAU LAH ADA UMUR PANJANG
INSYA ALLAH KITA KAN BERJUMPA LAGI.

TAKZIAH

Hari ini, seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya. Telah sampai masa dan ketikanya, maka berlakulah ketentuan seperti yang dijanjikan. Ayahanda kepada seorang guru SK. Kampong KEDA, iaitu Cikgu Mohd Pauzi telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Moga Cikgu Mohd Pauzi dan keluarga tabah menghadapi dugaan maha berat ini. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh!
AlFatihah.

Jangan tangguh 'homework' yang cikgu bagi.

Sabtu, 12 Mei 2012

KEBANGGAAN SEKOLAH~ Sofbol

3 Pelajar terpilih untuk menjalani Latihan Pusat bagi membentuk Pasukan Sofbol B12 Negeri Kedah yang akan bermain di MSSM Trengganu.

Mohamad Farhan b. Md Rosedi
6 Arif

Harriz b. Tajuddin
Muhamad Helmi Huzairi b. Muhamad Fazilan
6 Amanah

Medal Johan Daerah 2012



Kem Bestari Solat - Tahun 6 dan Tahun 5

Jumaat 11 Mei 2011
Jam 8.00am - 12.00pm
Anjuran Panitia Pendidikan Islam.
Semua pelajar tahun 5 dan tahun 6 2012.


Gambar sekitar Kem Bestari Solat.

5 Arif perempuan

Praktikal Azan

5 Arif lelaki

6 Arif Lelaki

6 Arif perempuan

Praktikal Tahiyyat dan duduk tahiyyat akhir

Praktikal Solat Jenazah



6 Amanah



5 Amanah lelaki

5 Amanah. Praktikal Tayammun

Misi mai pulak~Program Kesihatan Sekolah

Rabu 9 Mei 2012. Rawatan Kesihatan untuk pra, thn1 dan tahun 6.
Gelagat anak-anak murid SK Kampong KEDA melayan kehadiran misi-misi. Ada yang takut, ada yang teruja. Gambar-gambar sekitar program tersebut. Yang menangis pun ada tetapi tidak digambarkan di sini.










Khamis, 10 Mei 2012

TERIMA KASIH



Siti Nazira dan Salwani
terima kasih daun keladi
bakti dicurah sentiasa dalam ingatan.


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai


Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi


Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?


Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana


Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi



Kenang kami di sini dalam doa kalian berdua.
InsyaAllah, ada ruang dan waktu
mungkin sempat bertamu lagi!

Rabu, 9 Mei 2012

KoKurikulum Unit Beruniform

Rabu, 9 Mei 2012
2.30pm - 5.00pm
Aktiviti : Membuat Simpulan dan Memasang gadjet.







Saya pun dulu-dulu pengakap juga.

Selasa, 8 Mei 2012

PRA PENGGAMBARAN HARI GURU.

Lawak jugak cikgu-cikgu kamu ni...


 Cikgu Safiza dah tak sabar dah nak nyanyi lagu Guru Malaysia.

 Cikgu Safiza berhenti, Ustazah pulak sambung...
Cikgu Siti Norbaya tu....gaya tahun 60an tu.


 Cikgu Nasrom dan Cikgu Zuhri nak kata apa kat Ustazah Nazelina?
"...Ada kutu ka, dok garu-garu?"

 Cikgu Zuhri sedang memilih beg tangan untuk hadiah Hari Guru nanti.

 Tuan punya gerai senyum lebar bila dapat untung.
Cikgu Mohd Pauzi jual barang free.