Ahad, 20 Mei 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Tahniah!
3 Guru SK. Kampong Keda telah berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Semoga pencapaian ini menjadi dorongan kepada kejayaan di masa depan.



ENCIK ABDUL RASHID BIN ADAM

PUAN SITI ROKIAH BT AHMAD
ENCIK MOHD NAZRI BIN MASJUNI


1. Apakah dasar atau syarat pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?
Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian apc kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:

Genap setahun berkhidmat pada hari terakhir tahun penilaian;
LNPT 85% dan lebih layak dipertimbangkan; dan
Mengambil kira kegiatan dan sumbangan pegawai.

11. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
a) Kelayakan 
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua 
pegawai  perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. 


b)  Asas Pertimbangan 
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi  pemberian  APC adalah seperti berikut: 
i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan 
ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. 

3 ulasan:

  1. sy rase tak patut dpt,cg nazri tu masih baru,ramai lagi guru lama yg tak dpt.....

    BalasPadam
  2. sy pun sokong...rase tak adil

    BalasPadam
  3. aku tak tau...tp rezeki masing2

    BalasPadam