Khamis, 29 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 11

Sekolah Kebangsaan Kampong Keda
Tarikh 29 Mac 2012
Jam 2.30 petang Khamis
Perasmian oleh Tuan PPD Baling Sik; Encik Razak bin Mat Noh

Gambar sekitar majlis Mesyuarat Agung PIBG 11 2012

pendaftaran

pendaftaran

kuih-muih sumbangan

VIP

waris ibu

 waris ibu

 waris ibu

 waris bapa

 pengerusi majlis

 bacaan doa

 persembaan~ Choral Speaking
pencatat

 Aluan Guru Besar
Memberi laporan berkaitan kejayaan dan peranan sekolah dalam akademik, Hal Ehwal Murid dan Kegiatan Ko Kurikulum. Khabarkan berita gembira peningkatan lulus UPSR berbanding 2010. Jumlah pelajar yang mencapai 5A juga merupakan sejarah selama operasi sekolah ini. klik SINI

 Ucapan YDP En. Azhar Ghazali
Mencadangkan progran motivasi akan diadakan sebanyak 2 kali tahun ini untuk semua pelajar dan waris khususnya waris dan pelajar tahun 6. Juga akan cuba jalankan projek anak angkat kelas dan projek gotong-royong keceriaan sekolah.

 Perasmian : En. Muhamad Khairul Adilah Ahmad (wakil PPD)
Untuk berjaya murid-murid perlu sokongan daripada ibu dan bapa. Ibu dan bapa perlu pantau anak dirumah. Di sekolah guru akan mengambil alih peranan tersebut. Beliau juga mengharapkan ibu bapa sedar akan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan.

 waris cemerlang, anak gemilang

  waris cemerlang, anak gemilang

  waris cemerlang, anak gemilang

  waris cemerlang, anak gemilang

  waris cemerlang, anak gemilang

cenderahati kepada VIP

  menjamu kuih sendiri bawa..

   menjamu kuih sendiri bawa..

   menjamu kuih sendiri bawa..

   menjamu kuih sendiri bawa..

   menjamu kuih sendiri bawa..

Mesyuarat berlangsung.....tamat.

PERSIAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG 11

Gambar-gambar semasa persediaan mesyuarat agung PIBG 11
29 Mac 2012

pelajar-pelajar membantu guru menyusun kerusi
 di Dewan AlFarabi

Bahagian hiasan pentas
-sedang menyusun pokok bunga hiasan

bahagian hiasan pentas- backdrop

'elok ka kita gantung sini ni..'

'letak elok-elok'


'ikat kuat-kuat, jangan nanti jatuh pula masa YDP tengah berucap'


Bahagian buku program

'cuba bilang dah ada berapa dah'

Rabu, 28 Mac 2012

Latihan Sukan 28 Mac...

Latihan Sukan
Jam 4.00 pm hingga 5.00pm
Padang Sekolah SK. Kg Keda, Kupang






Pelajar yang terlibat adalah pelajar tahap 2

Ahad, 25 Mac 2012

PERHIMPUNAN PAGI

25 Mac 2012
Guru Bertugas : Ustaz Abdul Aziz/Pn. Halimahton
Inti Ucapan:
Guru Besar- Mengharapkan pelajar bersungguh-sungguh dalam semua bidang. Sekiranya pelajar terpilih, pelajar mestilah bersungguh-sungguh berlatih untuk mencapai kejayaan.
Guru Bertugas - Ustaz Abdul Aziz: Buku teks mesti balut. Ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak tidak dibenarkan membawa kenderaan masuk ke kawasan sekolah kecuali kes-kes yang mendapat kebenaran Guru besar.
Guru Pusat Sumber - Puan Norma: Pertandingan menulis cerpen anjuran DBP untuk pelajar tahap 2. Tarikh tutup 31 Mei 2012. Pelajar berminat boleh dapatkan borang daripada Cikgu Normah.
Majalah Mingguan Didik juga boleh dibeli dengan harga RM0.60 sen sahaja. Hubungi Cikgu Nordani dan Cikgu Normah sekiranya berminat.
Kejayaan minggu ini:
Tilawah- Mohamad Arham mendapat Naib Johan Zon Baling




 Coral Speaking - Tempat ke 2 dan layak ke peringkat Daerah Baling Sik
                                  di SK  Beris jaya...klik sini
 Public Speaking - Nurhanis Nuha mendapat tempat ke 4




 Bola Baling- Perempuan B12 menjadi Johan Daerah Baling Sik.....klik sini

Khamis, 22 Mac 2012

MBMMBI

 

PPSMI (Klik utk pengumuman terbaru KPM) dimansuhkan pd 8 Julai 2009 (softlanding) digantikan dgn MBMMBI (Memartabatkan BM dan Memperkukuh BI). Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yg sepatutnya, sesuai dgn kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan (per: 152, PP). Memperkukuhkan BI bermaksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yg wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu peringkat nasional dan antarabangsa.

TUJUAN MBMMBI sangat jelas krn BM merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina negara bangsa utk mencapai hasrat 1M. Begitu juga BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yg perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu utk bersaing di peringkat global.

12 Strategi di perkenalkan untuk mencapai matlamat MBMMBI.
> Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
> Asas Berbahasa ( Back  Basic)
> Penggunaan BM standard merentas Kurikulum
> Teknologi Maklumat dan Komunikasi dlm Pembelajaran & pengajaran
> Program Bacaan
> Guru BM berkualiti
> Persekitaran Pembelajaran yg kondusif
> BM bahasa ilmu dan komunikasi
> Kolaborasi A/bangsa Kursi BM di Universiti Luar Negara: dan
> Syarat Layak Masuk Inst. Pengajian Tinggi

MANAKALA Strategi memperkukuh BI meliputi perkara berikut;
> Penambahan masa PnP BI
> Tranformasi kurikulum BI di sek.rendah
> Asas berbahasa (Back to Basic)
> Didik Hibur-Modul Language Art
> Elemen Sc & Math dlm bahasa Inggeris
> Penetapan Model Bh. Inggeris
> Tranformasi Kurikulum BI sek. menengah
> Sumber PnP - Makmal Komp.,
> Guru : Contact Time berkualiti
> Perkongsian dan Jaringan Guru; dan
> Kepimpinan Sekolah

KPM percaya dgn pendekatan ini, kita akan dpt memartabatkan BM, memperkukuhkan BI dan meningkatkan keupayaan murid utk menguasai ilmu sains dan teknologi yg amat penting utk masa depan negara.

Isnin, 19 Mac 2012

SAPS

 

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan
menganalisis data peperiksaan dalaman setiap
sekolah di seluruh Malaysia.
 SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara
atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak
termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah. Analisis
yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras
berdasarkan skala gred kebangsaan.
 Data yang disimpan melalui SAPS boleh
digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN
dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
SAPS
 Sekurang-kurangnya karenah meminta data
berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat
diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early
Warning System” kepada pihak pengurusan
melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual
Result) dan ETR (Expected Target Result).
 SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti
berikut:
SAPS
klik pautan di bawah
Pengenalan
Setiap guru mata pelajaran boleh
mengakses sistem ini untuk
memasukkan data keputusan setiap
pelajar yang diajar mengikut
peperiksaan yang telah ditetapkan. 
Ini akan mengurangkan beban guru
kelas yang sebelum ini yang
terpaksa memasukkan data
keputusan semua mata pelajaran
untuk mendapatkan analisis
sesuatu peperiksaan.

Ibu bapa/Penjaga juga boleh menyemak markah pelajar hanya dengan memasukkan nombor sijil lahir atau nombor kad pengenalan pelajar.

Latihan Choral Speaking

Berlatih dan terus berlatih........peluang nak menang tetap ada.

Ni lah dia juruletih.....tersandar letih!
Cikgu Pn Norihan Kamarudin
 Harap-harap berjaya sampai peringkat tertinggi.

Ahad, 18 Mac 2012

PELANCARAN SEKOLAH PENYAYANG

Pelancaran Peringkat Sekolah
Disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Puan Zaindun bt Ibrahim
Tarikh : 18 Mac 2012
Tempat : Dewan AlFarabi
Masa : 7.45 am
Personalia : Semua warga SK. Kampong Keda dan semua pelajar.


Gimik Pelancaran

 Pelajar-pelajar mendengar Taklimat Program

Ucapan Pelancaran oleh Tuan Guru Besar 
Puan Zaindun bt Ibrahim