Ahad, 30 Disember 2012

Pendaftaran Tahun 1 2013

30 / 12 / 2013
Jam : 8.30am - 11.00am
Tentatif : 
Taklimat  Guru Besar
Taklimat Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh alUstaz Abdul Aziz
Taklimat LINUS oleh Cikgu Siti Norbaya
Taklimat Peraturan Sekolah ( Asas ) oleh PK HEM.
Pendaftaran di Kelas Tahun 1
Pembelian Peralatan Sekolah
Bersurai.

Gambar-gambar sekitar pendaftaran Tahun 1




Rabu, 26 Disember 2012

1.Jamuan Akhir Tahun (BAGUS). 2. Tahniah Cg. Razidah!

1. Jamuan Akhir Tahun sumbangan BAGUS ( Badan Kebajikan Guru dan Staf )
Makan santai di Li Nasi Kukus, Kg, Lahar.


2. Tahniah kepada Pn Razidah bt. Abdul Razak kerana telah diperakukan kenaikan Gred DG41. Semoga menjadi dorongan dalam menjalankan tugas seharian. Tahniah!

Selasa, 25 Disember 2012

Majlis Kesyukuran Rumah Baru.

Tahniah.
1. Pn. Nordani, Taman Alamanda, 22 Disember 2012.
2. Pn. Zaindun, Bukit Bemban. 25 Disember 2012.

Ahad, 16 Disember 2012

TAHNIAH

Tahniah kepada Puan Shamsuri bt. Othman, Penolong Kanan Ko-Kurikulum kerana telah mendapat menantu. Majlis perkahwinan berlangsung pada 16 Disember 2012. Tahniah jua kepada pasanngan mempelai; Firdaus dan Nisak.



TAKZIAH

Takziah kepada Puan Daharah bt. Zainol (Penolong Kanan 1) dan keluarga.
Seperti yang telah tersurat sejak azali akan ketentuan Allah tersebut dan sekarang ketentuan tersebut telah tiba dan berlaku seperti yang dijanjikan. Suami Puan Daharah ( Paklong Fakhrudin) telah meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya pada 16 Disember 2012 jam 8.10 pagi. Moga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan para solehin di syurga teratas dan kepada keluarganya semoga tabah menghadapi dugaan ini. AlFatihah.