Jumaat, 31 Ogos 2012

Bacaan Yaasin khas- Cikgu Suhaime bin Md Sulong



31 / 08 / 2012
Tempat : Pejabat Pendidikan Baling Sik
Masa : mula 9.00 pm
Kehadiran : Wakil JPN, Tuan PPD, Mantan PPD dan Pengetua, Guru Besar, wakil2 dan jemaah sekitar.

Bacaan Yaasin khas untuk Tn. Suhaime bin Md Sulong, Penyelia  Sekolah Rendah. PPD Baling Sik. Beliau mengalami kemalangan jalanraya petang Khamis dan sekarang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah. Keadaannya dilaporkan stabil dengan kecederaan parah di tangan, kaki dan tulang rusuk.


Antara yang turut hadir,

 Mantan PPD. Tn. Abd Rashid bin Yusop

Pegawai PPD Tn. Abdul Razak bin Mat Noh

Khamis, 30 Ogos 2012

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah 2012

Tarikh : 30 Ogos 2012
Jam : 11.00 pagi - 12.45 tengah hari.
Perayaan di sambut mengikut kelas masing-masing. Setiap kelas diberi wang permulaan sebanyak RM40.00. Makanan dan minuman berdasarkan persetujuan pelajar dan guru kelas masing-masing.
Selain itu permintaan lagu-lagu raya yang ditujukan khas kepada guru dan rakan juga dibenarkan.
Raya Pra Sekolah Gemilang

Raya tahun 1

 Raya Cikgu

Tapai daun getah

Ambang Merdeka ke 55.

Tarikh : 30 / 8 / 2012
Jam : 7.45 pagi - 9.45 pagi
Tempat : Dewan AlFarabi
Pengisian : Persembahan Merdeka dan Penyampaian Hadiah Merdeka.






Hiasan Kelas Merdeka terbaik:
Tahap 1 : 1 Amanah
Tahap 2 : 6 Amanah
Tahniah!

 1 Amanah

6 Amanah

Isnin, 27 Ogos 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang

 Jawatankuasa Perayaan sedang berbincang 
tempat-tempat sesuai untuk mengibarkan bendera.

Separuh sudah naik, separuh lagi dalam proses.

Sebahagian bendera di bangunan.



Bulan Merdeka

Persembahan Bulan Merdeka~ Lagu Patriotik


 Persembahan pelajar lelaki-Tanggal 31

Persembahan pelajar perempuan- Warisan


Persembahan bersama- Jalur Gemilang
 
                                                     



Rabu, 15 Ogos 2012

Lawatan ke Pameran Sains MRSM Baling

15 Ogos 2012
9.00am-11.00am
20 pelajar UPSR terpilih

MRSM Baling menghantar bas untuk pengangkutan pelajar ke pameran tersebut.
Terima kasih. Kalau ada majlis, jemputlah kami lagi. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Majlis Penutup Ramadhan dan 'Duit Raya'

15 / 8 / 2012
Jam 11.00am- 1.15pm
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar 2 Arif dan 4 Arif. Pelajar-pelajar berbaris mengikut kelas dan bersalam-salaman dengan semua guru SK. Kampong Keda sambil memohan maaf dan menerima 'duit raya'.

 Nasyid 2 Arif


Guru Besar menyampaikan duit raya 
kepada semua pelajar.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN".

Majlis Penutup Ramadhan dan Khatam AlQuran

15 OGOS 2012


Isnin, 13 Ogos 2012

Program Gilap Cemerlang~Menjawab Peperiksaan UPSR Secara Berfokus

13 - 14 OGOS 2012
Tempat : SK. Kampong Keda, Kupang. Kedah
Penyertaan : 6 pelajar 'B dan C potensi A' UPSR setiap sekolah Daerah Baling(152 murid)
Matapelajaran : Matematik dan Bahasa Inggeris
Anjuran : PPD Daerah Baling Sik


 Perbincangan Fasilitator

 Pendaftaran

 Puan Teoh, SK. Tunku Putera

Sebahagian peserta Bahasa Inggeris

Selasa, 7 Ogos 2012

Sumbangan baju Unit Beruniform (separa Uniform)

Pelajar-pelajar SK. Kampong Keda Tahun 4 dan 5 menerima sumbangan baju Unit Uniform. Sumbangan diterima melalui bantuan Wang Zakat. Masing-masing menerima pakaian mengikut pasukan Unit BerUniform sendiri iaitu sehelai baju T dan cap/tudung. Pasukan terlibat ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, PBSM dan Puteri Islam.







Rabu, 1 Ogos 2012

PENYERAHAN ZAKAT BANK RAKYAT

Tempat : Dewan AlFarabi, SK. Kampong Keda.
Disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Baling, Kedah. Encik Abd Aziz bin Zainol Din
RM2000.00 diagihkan kepada 20 pelajar yang layak.

Encik Abd. Aziz bin Zainol Din
Pengurus Bank Rakyat Cawangan Baling