Rabu, 31 Oktober 2012

TAHNIAH !

Tawaran Pelantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pelantikan ke  Gred DG41.
Tarikh Kuatkuasa Lantikan : 02. 10. 2010



Seluruh warga SK. Kampong KEDA mengucapkan tahniah kepada:
Puan Hasriah bt Md Daud.



TAHNIAH!

Isnin, 29 Oktober 2012

Doktor Muda SK. Kampong Keda masuk TV3!

Penggambaran  Program Doktor Muda untuk siaran TV3 dijalankan pada 29/10/2012 dari jam 7.30 hingga jam 12.00 tengah hari.


Sebuah program TV yang memaparkan pelbagai informasi tentang kesihatan dan amalan cara hidup. 
Bersiaran setiap Sabtu dan Ahad di TV3 jam 8.30 pagi bermula 6 Oktober 2012.

Persiapan untuk penggambaran.



Penutup

maskot Dr. Muda.

Rabu, 24 Oktober 2012

Selasa, 23 Oktober 2012

Pengawas - Jamuan Akhir Tahun 2012

23/10/2012

Tempat : Dewan AlFarabi

Jam : 12.00 tengah hari

Semua Pengawas Sekolah dan Guru dijemput.


Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2012

Tempat : SK. Kampong Keda
Tarikh : 21 Oktober 2012
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang.
Penyertaan : Semua ahli Pasukan Unit Beruniform tahun 4 hingga Tahun 6
Unit terlibat : Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam.
Aktiviti : Kawad Kaki, Memasang dan membuka khemah, Bantu mula kecemasan dan Orientaring.
Pertandingan : Mendirikan khemah dan memasak.



Sabtu, 20 Oktober 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Mahrajan j-Qaf., Peringkat PPD Baling Sik 2012

Tarikh : 20 Oktober 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK. Kampong KEDA
Acara : Dikir Barat, Kuiz Jawi, Tilawah dan Hiwar.
Perasmian : Encik Wan Sulong bin Wan Derahman, Penolong Pegawai Pembangunan KEDA, Daerah Baling.


Peserta Dikir Barat


Ahad, 14 Oktober 2012

TAHNIAH




TAHNIAH!

Tahniah kepada pengganti:
Puan Shamsuri bt. Othman
Guru Penolong  dari SK. Kampung Bandar. 
Selamat Bertugas di tempat baru.

Selasa, 9 Oktober 2012

KSSR~ Taklimat Penyelarasan

Satu taklimat Pelarasan KSSR telah diadakan pada 1 / 10 / 2012. Jam 1.15pm.
Tempat: Bilik Mesyuarat Ibn Sina
Taklimat disampaikan oleh :
Ustaz Abd Aziz, Pn Sabariah dan Pn. Fadzilah
Semua guru terlibat.

 Gambar sekitar taklimat untuk tatapan umum.




Aktiviti Selepas UPSR

Khamis : 27 / 9 / 2012
Pertandingan Memasak ~ masakan berasaskan Mi
Pelajar dibahagikan kepada 11 pasukan. Bekalan bahan mentah asas disediakan,
Tempat : Dewan AlFarabi
Personalia : Semua murid tahun 6 2012, Guru Tahun 6 dan Juri dilantik.
Beberapa gambar untuk tatapan umum.









 Juri sedang menilai dan merasa 
Rasa betul-betul MakNgah dan MakCik Zana..
Kalau sedap bagi markah lebih lah!



Juri sedang menilai dan merasa .
Rasa betul-betul Cik Dalilah..
Kalau sedap bagi markah lebih lah!

Isnin, 1 Oktober 2012

Taklimat Kemasukan ke Sekolah berAsrama Penuh dll..

Untuk mengisi permohonan ke Sekolah BerAsrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama), Sekolah Kawalan dan Kelas aliran Agama sila klik pada pautan di bawah:

PERMOHONAN KE SBP/SMK(A), dll..... (klik)

Pengisian borang permohonan oleh waris sehingga 20 Oktober 2012. Tarikh selepasnya untuk pengemaskinian Guru Akademik dan pengesahan oleh Guru Besar.