Sabtu, 29 September 2012

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh, SMK (A), KAA, Sekolah Kawalan dan SABK.

Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Oktober 2012 (tetapi PPD mengesyorkan supaya waris memohon sebelum 20 Oktober sahaja kerana 20hb hingga 25hb Oktober guru kelas akan membuat semakan dan melengkapkan butiran akademik dan selepas itu Guru Besar akan membuat pengesahan).
Para waris dikehendaki mencetak permohonan dan menghantar ke sekolah dengan segera.

Ringkasannya :
1. Sehingga 20 Okt : Waris membuat permohonan.
2. 21 - 25 Okt : Guru kelas akan membuat semakan dan melengkapkan butiran akademik.
3. 26 - 30 Okt : Pengesahan oleh Guru Besar.

Untuk memohon sila klik dipautan dibawah.

Khamis, 27 September 2012

Bowling selepas UPSR

27 / 9 / 2012
Jam : 8.00am - 12.00pm
Personalia : Semua pelajar tahun 6 dan semua guru SK. Kampong Keda.
Venue : Ampang SuperBowl, Sungai Petani, Kedah.





Selasa, 25 September 2012

MILO datang lagi

25 / 9 / 2012
Jam 12.15 - 12.45
Tempat : Perkarangan Dewan Al Farabi
Semua guru dan pelajar dijemput


Milo free vs milo mak. Mana lebih sedap?

Mesyuarat Kurikulum 4 2012

25 / 9/ 2012
Mula 1.15 pm tamat 3.30pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Guru Besar
Kehadiran : Semua guru dijemput

Pengesahan minit : Pn Hasriah Md Daud
Sokongan : Pn Fathiyah Abdullah

Pesanan-
- s/u Panitia diminta kemaskini fail dan hantar ke GPK1 sebelum 14 Oktober 2012.
-Kursus Pengukuhan Integriti;
>tatatertib- berkaitan dengan punch card masuk dan keluar dan membenarkan pegawai lain mengetipkan kad bukan kad sendiri.
< rekod kehadiran dan cuti.
-kebenaran perlu untuk buka kelas tuisyen.
-Program Tranformasi Kerajaan 2.0.
-LGBT.
-PKBS Akhir Tahun 14-18 Okt 2012.

Selasa, 18 September 2012

Sambutan Raya Sunat Syawal

18 / 9 / 2012 ( 2 ZulKaedah 1433H )
Jam : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Guru.
Jemputan: Semua warga kerja SK. Kampong Keda dijemput.
Setelah diisytiharkan anak bulan Zulkaedah dah besar (siapa agaknya yang meneropong anak bulan tu?) maka hari ini telah diisytiharkan bolehlah disambut Raya Puasa Sunat Syawal setelah dikumpul dan ditunggu sahabat guru semua selesai berpuasa sunat. Jamuan diadakan secara gotong-royong dan makan pun juga secara gotong-royong.



Terima kasih semua!

Aktiviti Selepas UPSR

SEPTEMBER
17 - 20/9/2012
Aktiviti Permainan 1M1S- Pertandingan Bola Sepak dan Bola Baling dalam Kumpulan.

23/9- Program Bimbingan Kaunseling
24-25/9- Kem Akil Baligh
26/9- Pertandingan Catur
27/9- Pertandingan Bowling di Sentral Square
30/9- Program Bimbingan Kaunseling

OKTOBER
1/10- Projek Kerja Kayu
2/10- Pertandingan Memasak
3-4/10- Program Celik Jawi

7-11/10- PLBS/SBOA
14-18/10- Peperiksaan Akhir Tahun

21-22/10- Program Bimbingan Kaunseling
23-24/10- Kem Pemantapan Akidah

30/10-1/11- Taklimat dan Lawatan Sambil Belajar

4/11- Hari Anugerah Cemerlang
5/11- Jamuan Tahun 6
6/11- Pemulangan Buku Teks
7/11- Naik Kelas dan Pengagihan Buku Teks 2013
8/11- Budaya tutup sekolah, Penerimaan Keputusan UPSR

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Selepas UPSR

Isnin, 10 September 2012

UPSR

11 / 9 / 2012 Jam 08.15am bermulalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Seramai 68-1 calon akan menduduki ujian tersebut. Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan semua calon UPSR tersebut dengan harapan keputusan tahun ini akan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti tentunya. 'Berjuanglah sehabis baik wahai anak2 harapan SK. Kampong Keda. Harapan guru dan ibu bapa kini disandarkan pada bahu anda semua. Ayuh, buktikan!

Satu Majlis Restu telah diadakan. Pelajar-pelajar diagihkan setiap orang satu set alat tulis, sebotol (setiap hari) air mineral Bacaan Yaasin dan Kismis.

Amanat akhir oleh Guru Besar

Calon-calon mendengar teliti pesanan akhir sebelum 'Menuju Puncak'.
'DOAKAN ANDA BERJAYA'


Sabtu, 8 September 2012

Yasin Khas UPSR 2012

8 / 9 / 2012
Dewan Al Farabi.
Semua penjaga/waris pelajar tahun 6 dan calon-calon UPSR 2012.

 
Moga usaha ini membuahkan hasil sebagaimana dikehendaki. InsyaAllah.

Khamis, 6 September 2012

Kem Jatidiri Peringkat Daerah Baling Sik 2012

Tarikh : 04 - 06 September 2012 (Selasa -  Khamis)
Tempat : Pendang Lake Resort, Pendang
Pendaftaran : 3.00 petang
Personalia: Pelajar Tahun 4 - 1L dan 1P, Pelajar Tahun 5 - 1L dan 1P (jumlah 4 Peserta)
                                                172 pelajar, 43 Guru, 12 Jurulatih
Penganjur : Unit Sukan PPD Baling Sik


 Pendaftaran

Makan malam 1

Pecah ais

 Aktiviti 'modified game' Kumpulan Bolasepak

Mencipta 'modified game' bersama guru

 Majlis penutup

 Selamat tinggal

 Jumpa lagi!