Sabtu, 21 April 2012

HARI BUMI 2012~ peringkat SK. Kampong Keda

HARI BUMI di SK Kampong Keda.
Program Tanam Pokok, Kitar Semula dan Kolaj daripada bahan terbuang.
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Pencinta Alam dan Kelab Bumi Hijau
Matlamat:
mendidik murid agar mencintai alam sekitar supaya sentiasa bersih ke arah kesejahteraan bumi untuk kehidupan generasi pada masa akan datang.
(Program Tanam Pokok adalah antara Guru Mentor dan Mentee dalam Program Guru Penyayang. Setiap mentor  dan mentee diberi sebatang pokok untuk ditanam dan dijaga)
Sumbangan Pokok : Majlis Daerah Baling.


Gambar-gambar sekitar Program Bumi Hijau
Perasmian Upacara Menanam Pokok oleh Tn Guru Besar, Pn. Zaindun Ibrahim.

Pelajar sedang bersedia di tempat masing-masing untuk menanam pokok

Pegang sama-sama. Hati-hati masuk ke dalam lubang tu.


Cikgu Safiza dan menteenya bersama pokok yang siap ditanam.

Ini pulak Cikgu Zuhri bersama menteenya.



Ditutup program tanam pokok oleh PK1 Pn Daharah bersama menteenya.

Moga-moga semua pokok yang ditanam akan subur tumbuhnya dan menjadi naungan kepada semua pelajar SK Kampong Keda. Terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya penyumbang pokok iaitu Majlis Daerah Baling.

Gambar-gambar aktiviti Kolaj.



 Pelajar Tahun 6 A sedang tekun menyiapkan kolaj


Selamat Hari Bumi untuk Warga SK. Kampong Keda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan