- Tahu bakat dan kecenderungan diri.
- Tahu gaya pembelajaran sendiri yang unik lalu menggunakannya dalam belajar.
- Ada cita-cita yang jelas, bermatlamat dan meletakkan sasaran yang tepat tentang pencapaian yang dimahukan.
- Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri lalu berusaha memanfaatkan kekuatan tersebut dan mengatasi kelemahan yang ada.
- Sentiasa fokus ketika berada dalam kelas dan sewaktu mengulangkaji pelajaran.
- Mempunyai aras minda (mindset)yang betul tentang belajar.
- Sering bertanya dalam kelas dan berbincang dengan rakan-rakan.
- Tahu teknik dan strategi belajar yang berkesan.Mereka belajar secara bijak (study smart) dan dalam masa yang sama kuat belajar (study hard).
- Belajar secara output dan bukan sekadar imput.
- Merancang waktu belajar dan mempunyai jadual belajar bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dihabiskan sebelum masuk musim peperiksaan.
- Memanfaatkan ruang belajar secara berkumpulan.
- Sedar akan kekuatan dan peranan minda bawah sedar.
- Bijak bergaul, membina jaringan persahabatan yang luas serta memanfaatkan kekuatan dan kelebihan rakan-rakan.
- Aktif dalam persatuan dan aktiviti kokurikulum.
- Sentiasa menghormati rakan, guru dan ibu bapa serta memohon restu dan doa mereka.
- Menjaga kebersihan hati agar tidak dicemari oleh sifat yang buruk serta dosa dan maksiat.
- Menunaikan amalan wajib dan menghidupkan sunnah serta amalan sunat disamping banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Di sinilah tempat bermula lahirnya seorang pemimpin. Tempat mula belajar tulis baca.
Sabtu, 27 Julai 2013
Pelajar Cemerlang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan