Siti Nazira dan Salwani
terima kasih daun keladi
bakti dicurah sentiasa dalam ingatan.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Kenang kami di sini dalam doa kalian berdua.
InsyaAllah, ada ruang dan waktu
mungkin sempat bertamu lagi!
terima kasih yang tidak terhingga kepada Salwani dan Nazira kerana sudi mencurahkan bakti kalian di sini..jasamu dikenang...
BalasPadam