Sabtu, 10 Mac 2012

Seminar Motivasi Bersama Dr. Shukri Abdullah

21 Jun 2011


Pendahuluan
Matlamat program ini iaitu;
a)Persediaan dan perangsang kepada murid untuk lebih yakin dan bersemangat untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun 2011 dengan jayanya.
b)Apabila pelajar menghadiri seminar bijak belajar, mereka akan mendapat pendedahan serta dibekalkan dengan motivasi dan strategi belajar yang mampu meletakkan diri mereka berdiri sebaris dengan pelajar cemerlang kalau pun bukan di peringkat nasional, sekurang-kurang menyerlah diperingkat negeri, daerah atau pun sekolah.

Objektif
a) Sebagai Santapan Rohani dalam menuju kecemerlangan UPSR 2011
b) Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri murid-murid ke arah  mencapai kejayaan dalam UPSR 2011
c) Mampu merancang  strategi pembelajaran secara lebih berfokus.
d) Mampu menumpukan masa secara strategik.
e) Membina keyakinan diri murid-murid


Penutup
Program seminar ini telah berjalan dengan lancarnya dengan penyertaan daripada beberapa buah sekolah seramai 256 orang murid. Diharapkan melalui program Motivasi Kecemerlangan UPSR ini dapat meningkatkan kemahiran belajar serta memantapkan diri menghadapi peperiksaan kelak.Program ini juga telah dapat membuka minda murid-murid untuk sentiasa berusaha demi masa depan yang cemerlang. Diharapkan agar segala apa yang disampaikan akan menjadi pegangan murid-murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan